Monday, 5 September 2011

?????

Terusikkah hati kita dengan kematian yang tiba-tiba...kemalangan jalan raya yang berlaku setiap hari...kematian jurugambar Bernama TV, perginya ustaz asri rabbani, atau kematian orang-orang yang kita kenali....apakah yang ditinggalkan mampu memberi keringanan sewaktu mengadap Yang Esa satu ketika nanti.... Walaupun kita banyak melakukan kesalahan jangan berputus asa dalam mengharap ampunan Allah..teringatkah kita pada cerita seorang pembunuh yang telah membunuh 100 nyawa dan pada akhir hidupnya dapat dia ke syurga atas kesungguhan dalam mencari ampunan Allah. Bagaimana seorang wanita yang hidup penuh dengan dosa hanya dengan memberi minum haiwan yang dahaga juga mampu meraih ampunan Allah..
Jangan difikir dosa silam yang akan pasti mengekori kita sepanjang hayat tapi cuba dan mengharaplah pada rahmat dan ampunan Allah pada saat kematian kita...

Pintu taubat sentiasa terbuka pada mereka yang mahu memasukinya...

***********************************************************************

kisah hidup kita adalah mustahil untuk menjadi seperti jalan cerita CJ7..

Risau?????

Dengan nama Mu Ya ALLAH.............

'Seorang Tabiin, Hasan Basri ditanya :

Apa rahsia zuhudmu didunia ini?

Beliau menjawab :

Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu mmerhatikan ku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat. Dan aku tahu kematian sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH Azza Wa Jalla.'