Monday, 12 September 2011

Marilah berdoa.....

Ya ALLAH
aku mohon matikanlah aku dalam pengakhiran yang baik dan jauhilah aku dari pengakhiran yang buruk.

Monday, 5 September 2011

?????

Terusikkah hati kita dengan kematian yang tiba-tiba...kemalangan jalan raya yang berlaku setiap hari...kematian jurugambar Bernama TV, perginya ustaz asri rabbani, atau kematian orang-orang yang kita kenali....apakah yang ditinggalkan mampu memberi keringanan sewaktu mengadap Yang Esa satu ketika nanti.... Walaupun kita banyak melakukan kesalahan jangan berputus asa dalam mengharap ampunan Allah..teringatkah kita pada cerita seorang pembunuh yang telah membunuh 100 nyawa dan pada akhir hidupnya dapat dia ke syurga atas kesungguhan dalam mencari ampunan Allah. Bagaimana seorang wanita yang hidup penuh dengan dosa hanya dengan memberi minum haiwan yang dahaga juga mampu meraih ampunan Allah..
Jangan difikir dosa silam yang akan pasti mengekori kita sepanjang hayat tapi cuba dan mengharaplah pada rahmat dan ampunan Allah pada saat kematian kita...

Pintu taubat sentiasa terbuka pada mereka yang mahu memasukinya...

***********************************************************************

kisah hidup kita adalah mustahil untuk menjadi seperti jalan cerita CJ7..

Risau?????

Dengan nama Mu Ya ALLAH.............

'Seorang Tabiin, Hasan Basri ditanya :

Apa rahsia zuhudmu didunia ini?

Beliau menjawab :

Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu mmerhatikan ku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat. Dan aku tahu kematian sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH Azza Wa Jalla.'

Thursday, 4 August 2011

kenapa?????

Assalamualaikum...

KENAPA - 1

kenapa tetiba numbering kat keyboard aku takleh guna...akibat dari tekan shift yang lame...walau bagaimanapun hasil dari perbincangan yang tak serius dengan puan intan berkaitan msalah tersebut...maka dapatlah penyelesaian nye dari kaedah cuba-jaya eh bukan...kaedah cuba-cuba..:)

KENAPA - 2

kenapa tak leh nak wat perangai terbaik bebulan pose ni....camne nak wat perangai terbaik sbb perangai yang baik pun tak terbuat....walau bagaimanapun terus cuba memperbaiki diri sebaiknya....

*******************************************************************

Kenapa suka bawak kereta ikut suka hati je...

berhati-hati dijalan raya...

ingatlah orang tersayang...

kita sume kan bayar road tax.....

******************

Kenapa bila bercakap ngan puan intan je mesti hepi dan gelak-gelak....
owh sebab dia kawan saya.....

*************************************************
Kenapa kita sibuk nak tau pasal hal orang lain....

walau pun terlalu banyak hal diri kita sendiri yang kita patut sibukkan....
owh saya ingatkan diri saya sendiri......

Monday, 1 August 2011

RAMADHAN 1432H

Alhamdulillah...

maseh diizinkan menemui ramadhan pada tahun ini...

semoga ramadhan ini menjadi ramadhan yang dapat mendidik aku menjadi hambaNYA yang diredhai.....

jemput masuk ke hati ku wahai RAMADHAN penuh keberkatan...

Monday, 25 July 2011

updated

hari ni badan sangat la tak sihat rasanya...pening kepala...............
semalam memang hari aku seksa perut aku..segala makanan aku makan..dan hari ini macam-macam rasa sudahnya dalam perut aku ni...........
tak sabar nak balik umah....nak tido............................

Tuesday, 12 July 2011

Dengan nama Mu ya Allah...


hari ini merangkak - rangkak lagi berblog...tapi tak pe explore je ape2 kat setting mesti buleh kan..kan malaysia buleh...rakyatnye pun mesti buleh...

dua tiga hari ni banyak teringat beberapa perkara.

1. masa kat poli dulu bestfriend aku noor shafaraz, skang dah jadi mak budak dah..Alhamdulillah..tp nak cite bende yang aku tak leh lupa tu ye...aku keracunan makanan masuk spital ipoh tetengah pagi kot...sib baik ade dia temankan..walaupun lps tu ktorg cabut lari dari spital tu sbb ade org mabuk tak abes mabuk lagi dlm satu bilik kot...tapi tima kasih juga kepada yang menghantar en.hasrul, en. rashid dan beberapa org lagi..

2. mlm tadi, tetiba teringat kat aci dpn maybank ttdi jaya...walau pun dah pangkat nenek kot tp masih menggagahkan diri untuk meneruskan hidup...klu ade yang menghulurkan sedikit sumbangan aci tu pya senyum sangat ikhlas samapi ke telinga..tetiba rindu kat senyuman dia...ade lagi ke aci tu kat dpn maybank tu kan...

3. semlm terlayan satu lagu dari kumpulan NIRVANA..dlm radio kot...tapi tetiba teringat itu la lagu pertama dan terakhir yang aku petik guna gitar...masa tu kan aku pengikut akak aku kot....kene la amik bakat tak seberapa dia...tah gitar sape tah dia bwk blk.....

selebihnya ingatan pada kehidupan diri sendiri dan orang2 sekeliling aku..terima kasih kat orang sekeliling aku yang memeriahkan hidup aku...dan paling penting sekali mak, abah, adek-adek, family kakak aku, ex smks, ex puo, ex hk, ex seroja dan sekarang di SMSD...DAN YANG TERUTAMA TENTULAH KEPADA YANG MAHA ESA.....

Monday, 11 July 2011

PERMULAAN.....

Dengan Nama Allah...

Alhamdulillah
Semoga diberi kekuatan untuk meneruskan langkah-langkah seterusnya selepas langkah pertama ini.